Tuesday, September 18, 2012

# KUATLAH HATI

by , in
:128: CIK HATI, KUATLAH.:128:


"ada satu masa nnti, kita akan diuji dengan mcm-mcm masalah. smpai ada masa tu kita nak tidur pun tak lena. makan pun tak senang. risau memikirkan masalah kita tu. tapi kita terlupa, yg memberi masalah tu adalah Allah. dan hanya dengan mengingati DIA je akan buat hati kita tenang. bukan manusia yg ckap benda ni, tapi DIA. DIA da beritahu kita dalam 'surat cinta' DIA kpd kita. DIA yg memberi masalah ,DIA juga yg akan menenangkan hati kita sewaktu tak tenteram. betapa sayangnya ALLAH dekat kita"

masalah tu sentiasa ada. mana lah ada manusia yg tak lepas dr masalah. masalah tu ujian buat kita. ujian dari Allah yg pastinya ada hikmah yg terbaik. Allah uji sesuatu hamba sesuai dengan batas kemampuan masing-masing. kita mampu. ingat tu. *take note. walau sebesar mana ,walau sepayah mana, walau sesakit mana, walau sesedih mana, kita mampu laluinya. janganlah mudah berputus asa. janganlah lemah semangat. janganlah rasa menderita.

ketika masalah dtg menimpa, ucaplah : la illaha illaallah.

berfikir positiflah, bersangka baiklah. jangan bebankan fikiran dengan perkara yg bukan-bukan, dengan perkara yg belum pastinya.

IF LIFE WAS EASY, WHERE WOULD ALL THE ADVENTURES BE ?

hidup ni satu perjuangan :94: janganlah anggap ia susah. akan susahlah. sesungguhnya jika kita menjaga hubungan dengan Allah, Allah akan menjaga kita. ingat tu. ape pun berlaku, berbalik lah pada DIA YG MENCIPTA. muhasabah diri. mungkin ada lagi kekurangan diri. mungkin kita alpa dalam menjaga hubungan dengan Allah. maka Allah merindukan doa kita, Allah merindukan rintihan kita. Allah tu tak kejam. Allah tu Maha Adil. seadil-adilnya. jangan bandingkan dengan apa yg orglain ada, tp bersyukurlah dengan apa yg kita sedia ada.

Dear Allah, sumtimes, its hard for me to understand what You really want to happen. but, I trust You. I know You will give me what is best.:n:

selamat malam. senyumlah semua. semua akan indah pada akhirnya wink
Monday, September 17, 2012

# 16.09.2012 - SELAMAT HARI MALAYSIA

by , in
semua dapat balik ke kampung halaman utk cuti hari malaysia yg jatuh pada hari ahad, 16.09.2012. seronok laa. untungla. kitee kat kedah ni xdapat balik. ada event dekat UUM plusminus esoknya means isnin da start kelas mcmbiasa :face41:

tapi xpe, saliza kuat. saliza bersemangat kental. ececehh. padahal hari-hari bergayut dengan ibu. rindu ibu sangat. hari-hari cerita mcm-mcm. mengadu mcm-mcm. almost pasal hal-hal dekat sini lah.

lupakan sekejap kisah-kisah touching. ngee. aku nak cerita pasai event yg da berlaku pada 16.09.2012 di Pusat Sukan Universiti ( UUM la of course :n: ) kami semua mengadakan sambutan hari malaysia pada malam hari tarikh tersebut. err, gagahkan juga da ramai-ramai tu kan. FOR SURE la gempak and terbaikkkk *tiru suara boboiboy lol see the picture below okey.

my roomate. saidah nurul atiqah :')

okey, thats me. dengan crown by our own creativity ^o^

 most of the picture from my student resident hall as DPP BANK RAKYAT. terbaikk :*
credit to abang fasi. and pict totally fro abg rahman :)


this video recording officially by me. acara penutup dengan bunyi mercun. seriously gempak waaa cakap sama lu. AHHA. terbaik la UUM :) lagu tema dekat sini IM4U. hee. bestt lah. teringat orientasi minggu lepas.
last but not least, salam hari malaysia. semoga malaysia aman sejahtera. siapa lagi nak lindungi malaysia kalau bukan kita kan? yeayy, Iam proud born in Malaysia :3

Friday, September 14, 2012

rindu orang kluang

by , in
sangat dan TER sangat rindu.especially Encik Jamidin dan Puan Sabariah.and dearest adik-adik kesayangan. Angah nd Akim.
RINDU SERINDUNYAA
argh ,tacink pulak:131:

sekarang da sangat faham erti pengorbanan. erti kehidupan .erti kerinduan yg membuak-buak.
jauh dari segala-galanya bila aku berada dekat sini. jauh dari ibu dengan abah, jauh dr kesayangan dekat kluang.
:face22: semuanya kena sendiri. berdikari. hari-hari gayut dengan ibu. tak kisahlah sesibuk mana pun. akan spend kejap utk borak dengan ibu. and ofcourse cerita pasal mcm-mcm. mengadu mcm-mcm. dan ibu tersangat lah risau berganda bila anak dara dia yg sorang ni asyik skip makan. and mcmbiasa ceramah panjang lebar. hee. tp i totally love that. rindu nak dengar ibu bebel hari-hari. argh ,tacink lagik sad
ayoyo, dalah tak makan pastu asyik kena naik turun ke tingkat 4. kurus keding la saya lepasni. HAHA. and tiap malam akan spend dengan budak skola aka budak-budak form 6 dlu. hihi. alhamdulillah ,berjumpa pulak diorang dekat sini. takda lah kekok sangat bila atleast ada yg kita kenal dekat sini. walaupun mereka lelaki. masing-masing terlalu care utk menjaga masing-masing. hik .comel. seriously.
:face2: alhamdulillah ,walau jauh dr family tp still ada kesayangan yg boleh jaga dekat sini.
sudah 2minggu menjadi mahasiswi UUM. overall ,best .fun. kuliah pun okey. cuma tak rajin makan aje. cafe banyak dekat sini tapi
rindu masakan kluang. rindu masakan ibu.
RINDU SERINDUNYAA
:3:
err, da kejauhan mcm ni jarang la dapat balik kluang. okey takpa saliza. chill. penantian itu insyaallah sesuatu yg indah. wink


:h: tahniah la sesiapa yg dapat balik cuti. pulang ke kluang. kirimsalam kluang.
:w: kluang, wait for me okey
Wednesday, September 12, 2012

aku dan dia dah putus...

by , in
Assalamualaikum
“Aku dan dia dah putus…”
“Kenapa?”
“Aku dah x sayangkan dia. Pelik bukan. Tiba-tiba saja perasaan tu hilang”
“Kau pasti dengan keputusan kau. Kau x kesiankan dia? Dia sayang kau…”
“Kesian la jugak. Tapi bila aku fikir balik. Lagi kesian kalau aku teruskan. Aku dah x mampu…”
“Buatlah apa yang kau rasa terbaik….”

selepas setahun.

“Aku geram. Dia tipu aku. Lepas setahun baru aku tahu…”
“Kenapa? Apa yang dah jadi…?”
“Dia ada ramai perempuan belakang aku. Dia tipu aku. Aku rasa pedih. Terlalu pedih…”
“Kenapa kau pedih. Kan perasaan kau dekat dia dah lama hilang”
“Entah. Mungkin rasa dikhianati. Tak dihargai. Mungkin kalau aku sayang dia. Sekarang aku dah longlai. separuh mati aku terluka.  rabak. koyak. patah….”
“Lupakanlah. Jangan bebani hati fikiran diri kau dengan benda dah lepas ni…Tidurlah dah lewat…”
“Aku tak boleh stop. Mata aku x boleh nak lelap . Kecewa aku menggunung. Otak aku overtime….”
.
beberapa bulan kemudian

“Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang. Sekelip mata.”
“kau ada jawapan?”
…senyum ” ada…mudah.”
“Apa dia?”
“Kongsi lah…”
“Allah sayang aku. Dia taknak aku setia pada orang yang x hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah setahun. Mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku. Dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk aku. Sedangkan banyak benda yang aku lalai. Hubungan aku dengan Allah aku terabai.”
“Maksud kau?”
“Aku banyak berfikir. Refleksi balik segalanya. Cari jawapan pada soalan-soalan aku. Aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah. Leka dengan cinta lelaki. Aku dah bazirkan masa,duit untuk cinta lelaki. Aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta. Nak tahu sesuatu?”
“Teruskan aku dengar…”
“Aku pernah tanya kenapa aku jumpa lelaki yang salah. Sekarang aku rasa aku tahu kenapa. Aku belum cukup baik. Dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah. Tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi.
Kakak sepupu aku pernah cakap bila kita couple susah nak kawal bukan…Rindulah sayanglah then gaduh sampai emo seminggu. Lepas itu mula nak pegang-pegang tangan, bergambar rapat-rapat…Sebab tu,lebih baik mencegah daripada mengubati bukan…”
“so sekarang?”
“aku tengah berjuang.menjadi lebih baik.doakan. Selangkah. Dua langkah…Aku sedang berlari. Mendekati Pencipta…”
“Lelaki? Cinta?”
“Hanya yang Halal. Janji Allah itu pasti.”
“Kau yakin sekarang? Rasa lebih baik?”
“Alhamdulillah. Semua jawapan-jawapan yang aku cari membawa aku pada Allah.aku nampak cahaya melambai-lambai dari jauh. Cahaya itu yang buat aku bangun. Dan ketenangan itu milik aku. Sungguh, hikmah itu kalau dicari gali manisnya tiada berpenghujung. Aku khilaf. Sebab aku tahu Allah sentiasa ada, cuma manusia yang mencipta jarak.
Itu kata-kata yang aku rasa sesuai dengan situasi aku. Mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja. Tapi sekarang aku dah sedar, faham tanggungjawab aku. Allah buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini. Syukur :)
p/s :  Semoga bermanfaat :)

Saturday, September 08, 2012

hari terakhir orientasi ;)

by , in


alhamdulillah. selesai mendaftarkan diri sebagai mahasiswi Universiti Utara Malaysia.
perasaan? yeayy , semangat sangat nak study. nak jadikan ptptn turn to biasiswa :)

erk ,ada yg tertanya tak kemana kah sy lama tak update ? -.-"
HAHA. okey , mcm biasa orientasi happening. aku daftarkan diri dekat DPP Bank Rakyat. okey ,dekat luar kampus. mmg da ditetapkan. mase memule tu kekok la. mcm pelik. tapi da lame-lame okey je. kena membiasakan diri berdikari sendiri. taknak bergantung pada orglain. nak mendisiplinkan diri, rajin dan kuat selalu : >

cerita panjang lebar malas nak cerita. and alhamdulillah, orientasi yg terakhir pada malam ni. esok start lah hari pertama kuliah. semoga dipermudahkan segalanya :)


 
hah ini antara recording malam apresiasi seni pelajar semester satu 2012/2013.
happening gila DPP ktorg. mmg kecoh habis. yela, ari terakhir dalam DMAS kan.
asal idea lampu yg cantik2 tu dr group ktorg then di copy-cat oleh DPP lain -.-"
ape pun ,ktorg menang anugerah komited dalam kumpulan. terbaikkkk <3


and ni plak aktiviti terakhir. berkhidmat utk masyarakat.hihi. first time. seronok la sangat.enjoy :')

* penat wokk mengacau ni .tak pepasal terbina kang otot2 dekat lengan. hik.


* abaikan eye bag tuu. hee. maklumlah seharian penat tp dapat tdo sejam ,dua jam aje.

* candid.

pelajar dekat DPP aku da 400 org. perghh .ramai. syok cuci mate. hihi.
haiya, batuk dan selsema tak sembuh lagi. semakin teruk. suara pun kalah amy search woooo. HAHA. harap maaf ,sila jangan gayut dengan saya, hihi.

okey ,nnti smbung lagi. see you. 
assalamualaikum

My Instagram