Wednesday, October 30, 2013

A moment.

by , in
A best moment bila dapat makan special burger dengan banyak gilaaa mayonis berhadapkan pantai kuala perlis dengan Safiq. Its like a picnic. Angin malam pantai yg sangatttt menenangkan. Seriously.

So, mmg no excuse untuk rasa stress mengadap test 3hari berturut turut.

I love to make a sweet moment with him. Almost with him. Kumpul sebanyak yg mungkin. Simpan dalam hati dan dlm kotak kenangan. Yeayy!

Actually, rindu nak tengok sunset. Tapi bila aku sibuk dan dia pun sibuk, so agak tak ada masa nak luangkan bersama tengok sunset lagi. Its okay. Next time ada. Lainkali kita pergi lagi ea? *sedapkan hati

#throwback #sunset #safiq #kuala perlis


Friday, September 27, 2013

Jalan jalan! Yay!

by , in
Sedih tengok entry blog. Rindu nak type dan membebel byk2. Busy kot since dah naik sem 3 ni. Kelas baru seminggu dah start nak buat assignment and submit dlm 3 ke 4 hari lepastu. Sobb. Ni pun ambik masa sikit sebelum pegi ko k utk update entry and sementara wifi laju macam roket. Heee.


Okay, last week punya cerita sebenarnya. Basi sungguh. Hahha. I dont care, nak cerita jugak *sigh


We are in here, Pulau Pinang. Actually last minute tak planning apa pun. Safiq cuma ajak pegi mandi kat sungai je. Kat area Kulim tapi lupa nama tempat. Mcm hutan lipur la tapi part tempat paling menenangkan memang kredit kepada tmpat2 mcm ni la. Best kalau nak merehatkan diri. Yayyy!



Lepastu nak dijadikan cerita singgah balik ikut jalan ke Pulau Pinang. Cuma lalu jela and singgah dekat tepi laut padang kota. Tak lah pun berjalan sangat. Cuma experience baru, dapat merasai angin malam atas feri. Besttt! Otw nak balik uum, ktorg bawak kereta sekali naik feri. Cool gila. Hahaha. 




Tu jeee nak cerita. Okay, nak siap siap pegi kelas ko k di pagiiii sabtu. 
Bye blogger, take care!
Assalamualaikum.



Monday, September 09, 2013

Redha dengan pilihan Allah.

by , in
Permulaan semester 3 banyak betul dugaan. Allahuakbar. Kuatkan semangat saliza. Go go go!!!
Redha dengan pilihan Allah dgn berlapang dada dan tanpa rasa kecewa.

"hidup adalah pilihan. dan setiap pilihan ada risikonya.
kekuatan kita adalah pada pertimbangan yg matang"



Takdir Allah tak pernah sia-sia. Yayyyy!




Tuesday, May 14, 2013

redha.

by , in
assalamualaikum.

counting ke final. cepat masa berlalu. memang tak sedar langsung da nak habis sem dua. alhamdulillah, masih bernafas, masih diberi kudrat dan kekuatan untuk menghadapi hari - hari mendatang. kekuatan bukan hanya dari diri sendiri tapi juga dari mereka yg disayangi selalu tu.

berbaki 2 minggu sebelum habisnya bulan may ni, mmg byk kerja sikit. assignment. tutorial. hmm, mudahan final sem dua berjalan dengan lancar. banyak paper nak kena struggle kali ni. terlalu banyak. jgn ambil terlalu mudah juga paper lain, takut tak jadi seperti yg diharap. 

i. prinsip ekonomi
ii. ecom II
iii. business accounting
iv. pemasaran
v. hubungan etnik
vi. elementary statistics. 
please be nice. pleaseeeee :')


bila Allah tak permudahkan bagi kita apa yg kita nak thats mean benda tu bukan yg terbaik utk kita



Wednesday, February 27, 2013

OKAY.

by , in
i'm not okay 

and put a big smile on my face.

try it.

i'm really okay, just okay.

I'm depressed, sad, hurt, confuse, unloved, judged, misunderstood, broken, dying inside, FINE.






Wednesday, February 20, 2013

##UUM

by , in
hari ni hari pertama kelas buat aku tapi ari ketiga kelas buat kawan yg lain. maklum lah balik lambat. haha. agak rest harini sebab 2 kelas da dibatalkan. yee, semua pelajar masih busy dengan add drop subject. pagi tu memulakan hari dengan bismillah dan senyuman, ke kelas marketing. yeayy, jumpa kawan3 yg masa sem satu dulu. atau lebih terang lagi, anak anak buah aku. ala, budak budak masa group dgn aku dulu.

habis kelas marketing, terus pergi office main building SBM. ( School Business Managemnt ) atas urusan nak menyelesaikan add drop ni. sesampai je di office di tingkat dua tu, fuhhh. ramai baqhangg. ekeke. mungkin atas urusan yg sama kot mereka tu. terjumpa membe. membe yg selalu suka sgt tgk dressing aku. yela, ramai dah biasa tgk aku pergi kelas, tudung mcm gini la, shawl lah, skirt la. so, bila aku da malas nak dressing, siapp boleh pakai tudung sarung atau pilih baju yg tak payah iron sgt, agak nmpak kepelikkan buat diorang. haha. dia nak buat pertukaran course dari marketing ke accounting. okay, tough kot. kenapalah akaun. kalau boleh akaun lah yg aku paling nak jauhkan. takpa, yg terbaik doakan buat dia :)

mula pergi fotostat borang, lepastu gi SBM balik, masa isi borang, org office cakap kena pergi SOA ( School Of Accounting ) sebab nak add subject account.   lagi satu kerja turun tangga, kena pergi building yg agak 200 meter dari SBM. dengan baju kurung yg warna kuning tu pulak haii. smpai je dekat office SOA tingkat tiga tu, org tu cakap kena buat ni dekat lab bawah. ==' erkk, turun ground floor balik. bukan naik lift tapi naik kaki dgn menuruni tangga. cett. boleh kurus balik cmni . * mcm gemuk je =P

alhamdulillah selesai. then terjumpa dekat board dah mmg tertulis. urusan add drop SOA dkt makmal komputer. FPK 1. cett. menghabiskan tenaga je. dalah bumi sintok ni panas gilaaa. panas terik. haihaii. lepasni pergi kelas, sila bawak air mineral dalam botol pink tu ye cik saliza. jgn tinggal. hik.

jadual sem dua ni agak rushing sikit. sebb bangunan nya agak jauh-jauh. dan takde gap langsung . bayangkan kalau pakai baju kurung jalan laju je. ahha. memang pakai seluar jela lepasni. alamakk, teringat pesan ibu.

"seminggu pakai lah 2 kali ke baju kurung. jgn tak pakai langsung"

selesai add drop, balik DPP ( Dewan Penginapan Pelajar ), terus singgah kafe utk lunch. menu hari ni aku pilih nasi + sambal kerang ( menu wajib ) + daging masak kurma + daging kari + teh ais = RM 4.00. woww, macam tak percaya je budak lelaki. eh abg ke ntah la. takpe rezeki. dari berat officially latest 47.4kg ni bertambah tambah lah kan? mueheh.

okay, semoga setiap hari untuk sem dua ni berjalan dengan lancar :)

Sunday, February 17, 2013

#JAUH

by , in
Packing barang ✔

semangat baru. azam baru. semoga dipermudahkan sehingga ke akhirnya. berakhir sudah percutian selama sebulan. puas bersenang lenang. puas berehat. wake up saliza, banyak kerja akn dilakukan lg lepasni. doakan yg terbaik buat saya ye kawan2 :)

Sweater ✔ + Stokin kuning ✔ done. 

stokin yg dibeli bersama angah. 3 pilihan colour. hijau, orange and kuning. lebih kpd nak oren. sebb striking. i like! tp angah sibuk suruh amek warna kuning. cett. tak kisah lah tp tu semua peneman di dalam bus selama lebih 10 jam tu. di samping yang tersayang di sisi. boleh beku kalau ketinggalan dua benda penting ni. haha

0830pm. selatan ke utara. kluang to sintok. with boyfie. semoga dipermudahkan perjalanan :)



Sunday, January 27, 2013

FULL OF LOVE;

by , in
hai sweety hai handsome.

mood malam yg da masuk 28 januari 2013 ni, jiwanggg. kehkeh. tak suka? ala, please please suka. buktinya, background music blog saya yg comel mcm tuannya ni. alamak, perasann sudahhhh =D tak suka lagi? tutup mata! =) tapi da alang blogwalking, stalk lah smpai habis okay .pehhh gedikk saliza ni. kk cukup.

dah seminggu lebih di bumi johor darul takzim ( JDT ), eh saje nk mention JDT. hihi. penangan bola. ni currently sdg tgk OLDHAM - LIVERPOOL. hai suarez =)


alhamdulillah dapat bersua dengan kawan sekolah stk dlu. hai kawan, da membesar kita kan. da dewasa kita kan? semoga kita kita semua sihat, bahagia dan kuat selalu macam harimau. auuummm. wanita tu cukup unik. keunikan tu akan lebih terserlah dengan bagaimana matangnya kita menghandle sesuatu. ekkk eh, ayat, meng-'handle' pun boleh. haha. paham kan paham kan? thanks memahami. gambar menceritakan segalanya :


comelnyaaa semuaaaa. its so fluffyyyy. *tetibe. hehe



-
-
-
-
-
-
-
-
-


masa berlalu. saya tunggu buah hati balik kluang hampir tak kurang 2minggu lagi. sabar sabar. semua akan berlalu seiring waktu.

safiq : bulan cantik malam ni. hope awk tengok jugak ea. walaupun jauh dgn awk, tp kita dpt tengok bulan yg sama kan. 

omomoooo, sweetnya dia alahaiiii. i'm melting. kihkih. dont worry, i'm waiting =)  cmnilah kami, bila da terbiasa sama sama, text or otp , bila jauh kejap, tak keruannn. eh ehh. 



k la, niat nak buat short entry jee. sampai ketemu lagi yea stalker.
be strong in what ever situation. Allah with us.
goodnight world.
assalamualaikum.
Wednesday, January 23, 2013

menjadi tunang orang tanpa kita sedar?

by , in
assalamualaikum, hai hai semua. semoga sihat dan ceria selalu.

alhamdulillah, bumi kluang dah dilimpahi cahaya matahari yg kini peluh likat membasahi dahi aku. setelah smpai di kluang yg menyambut kepulanganku dengan hujan, kini dapat merasai kepanasan mcm ni, nikmat juga sebenarnya. hee. eh eh aneh je saliza ni =='

okay, berseorangan di rumah, ni mungkin lah bakal menjadi aktiviti aku selama di kluang. nothing to do. read novels, blogwalking, movies. or else waiting my love for texting me. thats all. tapi nak share yg mungkin kita sendiri belum sedia maklum. menjadi tunangan orang tanpa kita sedar. bila seorang lelaki da berhasrat untuk mengambil seorang perempuan dijadikan sebagai isteri itu da kira sebagai tunang. hah, terkejut terkejut? kk, k, sambung lagi. ye, mungkin pada kita itu normal. tapi yg anda mungkin tak tahu, anda sudah bertunang bila situasi berikut berlaku :

pinang dari segi hukum fiqah, beerti pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin pada pihak perempuan. itu dipanggil pinang. bila perempuan menjawab setuju, maka jadilah perempuan itu tunang lelaki tersebut.



situasi yg boleh dianggap sebagai pinangan :

contoh lelaki tersebut cakap dalam telefon, "I nak jadikan u isteri I lah"

perempuan tersebut menjawab, I sukalah, I setujulah, oraitee I'm fine, oklah, I redhaa atau apa2 yg menunjukkan dia suka dengan "pinangan" lelaki tersebut, maka ia sudah dianggap bertunang.

jadi, bila dia da jadi tunang orang tanpa sedar, bila ada lelaki yg meminang, hukumnya haram.

kita org melayu time meminang dok bawak rombongan satu bas, bawak barang pinangan. itu sebenarnya adalah ADAT bukn dari segi hukum Islam. dari segi hukum Islam, da jatuh hukum tunang.

hee. okay, agak terkejut sebenarnya. bila adat dah terlalu menguasai tanpa kita sedar pengertian tunang yg sebetulnya dan sejelasnya.

lebih lanjut, baca sini. disertakan sekali video UAI pasal ni: tunang orang

k, selamat membaca yuuuu olssss. saya nak makan dulu, laparrrr. hik. jaga diri semua.
assalamualaikum :)

Sunday, January 20, 2013

< HAPPY KUASA DUA >

by , in
assalamualaikum. 



dah hampir 3hari jugak berada di kluang. home sweet home. tapi skopp di kecil kan. lebih kepada di dalam rumah saje. yee yee, musim hujan menyambut kedatangan aku balik. so, agak terbatas nak ke mana mana. sooo, rehat dan rehat jela kat rumah. takde yg di pelik kan nya, sebab masa cuma akan berlalu begitu saje tanpa aku sedari, apa aktiviti seharian aku. hehe. nampak tak nampak tak permainannya? kehkehh. online punn jarang kat rumah ni. malas malas malas. fuhh, nikmat berada kat rumahh, sangat sangat terbaikkk. awesomee cmtu. perasaan nya mcm da lama tak makan mcd, then dapat makan. ehh? haha. nikmattt. like heavennnnnnn =D jangan pelikk lah. mungkin kehidupan yg jauh jauhhh tu buat aku tak cukup tido, tak cukup rehatt dan asyik nak sakit. eh bukan mengeluh. cuma i need mom beside me =( but but, now i already at home. makan ice cream +ice cream lagi walaupun musim hujan. oreo mcflurry made by me. ngeenge. lepastu makan ubat, seleseme. ecehh .

dan dannn, saya menunggu menunggu buahhh hati untuk contact. cehh, sedia maklum, dia dengan urusan annual camp dia. mungkin dia akan balik kluang around 9 atau 10 february. takpe takpe, saya tunggu awk. sabar menanti. seboleh mungkin nak jadi girlfren diaaa yg comel dan sangat memahami. tapi sangat comel, bila dia langsung tak nak lepaskan masa terluang dia utk contact aku. walaupunn tak terluang tapi semata gi toilet utk call aku subuh2. so sweet =) nmpak lagi happy berkuasa kuasa. haha. dan dan lagi terharu, bila dia tak dapat spend for the whole day with me, dia akan call malam tuu. for one hours, we onthephone utk cerita apa yg berlaku sepanjang hari tuu. sampai tertidoo pun onthephone. alahaii.

saliza - kan da cakap kalau ada masa, rest cukup2. awk penat kan
safiq - ala, habis siapa nak tanya awk sihat tak? siapa nak cakap saya rindu awk



dan dann dia tetap tak kan lupa utk text dengan panjang lebarnya sebelum dia gerak latihan. biasanya around 4 lebih pagi. pesanan yg biasanya jgn bangun late, breakfast, jgn tinggal solat, jgn noty2, take care, dan dia sayang aku sangat. tula pesanan kebiasaannya yg menjadi rutin bila aku bangun tido je akan tersenyum. you makes my world shine =)

tapi, utk lepasni dia akan tido kat hutan selama 3 atau 4hari tak sure lagi. soo, lagi panjang pesan dia.

safiq - kalau da tahu bila nak masuk hutan nnti sebelum tu sy call awk k.

bila da terbiasa dekat, bila da jauh agak janggal situasinya. so, amat perlukan kesabaran di situ =)

aktiviti kat rumahh, semalam bola. hoho. chelsea - arsenal. saya manchester city. real madrid. wehuu. saya takdelah terlalu obses dengan bola , sebb aku ni perempuan. tapi boleh lah kalau nak layan. cuma tak kan korbankan waktu tido semata mata utk bola. hehe. agak tahu nama nama pemain cuma biasanya lupa mereka main utk pasukan mana. so, adik selalu sebagai kaunter pertanyaan. suarez, cech. wallcot. aguiro, lampard, giggs. juan mata, cristiano ronaldo, torees, dan memacam lagi. agak kepelikkan di situ, tapi saya suka nak buat mcm mana. kehkeh. tapii mungkin agak kurang sikit pengetahuan dari segi apa apa ' 

semoga Allah menjaga awk walau di mana awk berada. senyum selalu semua. things happen for a reason. sabar sabar. keadaan akan berjalan mcm biasa cuma walau apa pun berlaku, tetaplah berbalik kpd Allah. Allah maha mengetahui sedang kita tidak. bukan kerja kita nak tentukan apa yg akan jadi esokk esok, lepasni. semua kerja Allah sebb kita hanya mampu merancang tapi sebaik baik perancangan adalah perancangan Allah. follow the flow. semua yg berlaku utk kebaikan kita juga. bersyukurlah utk tiap nikmat yg tak terhingga ni. lah tahzan semua. 

Monday, January 14, 2013

BYE SEMESTER SATU 2012/2013

by , in
assalamualaikum.

cepatnya semester satu berlalu. rasa macam baru je daftar masuk dekat universiti utara malaysia ni. rasa mcm masih dalam kereta heading to sintok ni dengan family tercinta. arghh, kejapnya da nak habis sem satu. counting. ehh lagi 3 ke 4hari will heading to kluang, johor darul takzim. oh ohhh i'm coming home, tell the world that i'm coming homeeee! :> excited *smile*

17hb ni last payyper untuk semester satu, business accounting :) tapi tapiiii. saliza ni da siap packing barang. nampak tak permainannya? haha. buku done, baju done, kasut done, basuh baju done, basuh alas bantal pun done. thanks pakcik kiteee hntarkan kotakk utk letak buku. luggage, kotak, beg yg plastik sederhana besar tp nape mcm x cukup ==" lantak lah, cmpur2 je nnti.


yeayyy, tinggal nak balik je ni. arghh, rindunya nak tido dan bangun lmbattttt! >< *ehh da post kat entry lepas kot apa yg dirindukan. haha.

kk,k. cuti sebulan bukan lama pun .kejap je. nanti aleh2 da masuk semester dua. hmm, da dipelawa utk join sekretariat for Majlis Perwakilan Pelajar under HEP. berurusan dengan MPP Exco Kemudahan dan Kebajikan. kira aku ni control kebajikan student lah. apa yg terkurang, apa yg tak kena. hoho. okay interesting. tapi bila pikir betul betul, hmm takut tak boleh kasi full comitment. study pun terumbang ambing.sebb risau effect kat benda lain. yela, belum dapat arrange masa betul betul. duduk sini kalau da start kuliah, busy dengan assignment, 24jam kadang kadang tak cukup pun. arghhh. so, lupakan lupakan. jangan berangan okay saliza. semester satu pun masih sasauu lagi -_____- k sorry bro.

and now, da nak balik dah. mcm mcm berlaku and macam macam happen dekat sini. alhamdulillah untuk segala nikmat dan ujian. terima kasih utk segala kenangan. syukur utk segala keberdikarian pada diri sendiri. credit to me *dancing*

setiap gambar ada ceritanya -___________-


cerita uum :>




cerita buah hati saya :>



cerita perjalanan sebelum balik kluang. yeayyy, ni mission accomplish. at jeti kuala perlis. nak tengok matahari terbenam dengan dia. tak rancang pun. cuma pena suggest nak tengok one fine day. tapi ,keadaan mnjadikan dapat tengok sebelum balik kluang. sebelum habis semester satu. cantik ,tenang and awesomeee :)



take care semua. alhamdulillah utk semua.


Friday, January 11, 2013

# THINKING OF YOU

by , in
motif entry?
isi masa terluang kot. haha. amboii, buku tak nak baca pulak? cett.
#nowplaying: thinking of you - katy perry
dan ofcourse lah tetibe teringat buah hati yg sorang tu :)

alolo, kesian dia demam. risau sangat ni. tak pernah lagi dekat UUM ni dia demam sampai kena pergi Pusat Kesihatan malam-malam. risau berganda tahuu tak? haih. dan lagi risau bila esok dia ada paper dan dia tak study apa apa. sigh. nasib lah last paper dia. kalau byk lagi, tak tahu lah nak jadi apa cenggini.
take a good care of yourself awk. makan ubat tu ikut masa. jangan skip. makan lah nasi sikit okay. badan tak dapat makan, nanti lagi lambat sembuh. nasib annual camp lama lagi. kalau annual camp nak dekat, memang org tak kasi awak pergi annual camp tuu paham tak? nnti dekat annual camp take care sangat sangat tau. awk masuk hutan. berisiko tu. jangan nak ikut kepala sendiri je tahu tak? awak dalah degil. puk kang kalau degil degil kat hutan. anything can happen, saya tak nak apa apa jadi kat awk.

sekarang dia da tido lepas makan ubat. biarlah dia rehat. tak nak menganggu. yg penting. saya tunggu awak. wish awak cepat sembuh :) jadi budak baik okay, jangan notyy2. saya tunggu awak. yg pasti saya mesti rindukan awak nnti.


#btw, kami tak berjanji. tapi gerak hati sama utk pakai baju warna yg sama. aleh aleh masuk kereta, ehhh. awk sukeee tiruu kiteee. dah 2kali pakai baju yg sama :) ohhh, pleasure utk situasi yg mcm ni. kami tak sweet pun. hanya menjadi diri kami untuk hubungan ni. tak expect apa apa, tapi in shaa allah yg terbaik untuk relationshippp yg masih jauh lagi ni. panjang lagi perjalanan aku dan dia. wish the best for both of us. aminn :)



Wednesday, January 09, 2013

COUNTING

by , in
banyak benda tengah counting sekarang ni.


first and foremost, another 8 days nak balik kluang sweet kluang. OMG, OMG, OMG. sangat tak tersedar sebenarnya. tu pun encik boyfie yg mention. tak perasan bila da busy busy. yela. dah takde kelas, finall jeaaa, so kadang kadang hari pun dah tak tahu hari ape = =" kegilaan apekah? tetiba teringat masa mula mula busy dengan assignment yg menimbun, dalam kepala cuma satu je. cepatlah cuti sem satu ni oii. ish. pantas masa bergerak, tanpa sedar. tak kisah lah, yg penting bau bau kluang dan home sweet home da semakin dekat, da semakin hampir. nyummm, slurppp! boleh lah makan sedap sedap dekat rumah lepasni, gaduh dengan adik, tengok tv 24jam, tgk kartun, online, tidooo lambat dan bangun lambat, boleh la tengok wayang, main bowling, mcd, pizza lepasni. huehehe. nikmatnya! *dancing* >____<

second, 
Principle of Management ✔
Ecom I ✔
Kenegaraan Malaysia ✔
TITAS ✘
Asas Keusahawanan ✘
Business Accounting ✘

3 papers left. huayooo. cepatlah masa berlalu. permudahkan segala urusan ni Ya Allah. lama sangat dah counting nak habis final exam ni. dari 28hb december sampai lah last sekali 17hb januari. jangan tanya kenapa lambat habis. ia nya adalah kerana gapp yg sangat lama. sampai mood study pun lari dah. grr. bayangkan aku exam tahun depan baru habis. dr tahun lepas tak habis habis. HUAHAH. kegilaan apekah? esok exam dan saliza masih meng-update blog. ini memang sudah melampau. ala alala, amek masa kejappp je *sambil buat muka comel* baca buku pun sekarang mcam baca bedtime storyyy. ngantok memanjanggg. hai, kembalikanlah mood saya. lagi separuh subjek nak habis ni. sabar sikittt.

third, 10/1/2013 , eh tarikh esok lettew. cepat lagi masa. yeayyy, HAPPY 3RD MONTH ANNIVERSARY sayangku. fulamakkk, ok ok chill. baru 3bulan ,belum 3tahun kan? tp nak say, alhamdulillah. semoga terus kekal selamanya, semoga dia menjadi yg terakhir. aminn ya rabb :) banyak lagi yg perlu dilalui, jauh lagi perjalanan. kuat kuat. my baby boo da semakin suka bebel. ye yee, tapi comel sangat. seriuss. yela, dia bebel utk kebaikan juga kan? so, nak kesah apa. tadah jela telinga. and everyday semakin dan semakin rindu dekat dia. bukan tak spend time, bukan tak call atau text, tapi rasa tak puas. rasa mcm tak ckup semua tu. hamboii. taktahu perasaan apa lah cenggini. tapi baik kan? nak jadi girlfie yg comel selalu utk dia. heyyy untuk dia, untuk dia *crazy* hahah

fourth, okay lagi 8hari je nak spend time dengan dia. lepasni cuti , saya di kluang. dia di uum. latihan palapes. dekat sebulan. penuh aktiviti dia, masuk hutan bagai. so, tak boleh nak gedik dan memanjeee da. aisemen. takpe saliza, belajar belajar. ada hikmah ni. sigh. *senyum* awak jaga diri, jangan lupa solat, hati hati dalam hutan tu, jangan lupa makan, jaga kesihatan awk okay. lepasni takda lah sape nak tanya saya da makan belum, saya da solat belum, ckap iloveyou ,imissyou lagi lepasni, onthephone tiap malam *wipe tears*

#nowplaying thousand years. sobbb


Monday, January 07, 2013

HAI, SAYA TOURIST!

by , in


hai hai saya tourist :D

eleh, pegi sempadan thaiii je kot.ala, okay la tuu kan?
terlalu byk gambar candid. ni baru sikit. byk lagi dalam desktop tuu. haha.. adodoii. 
uum --> wang kelian --> gua kelam --> empangan perlis --> kangar --> uum
tgk tak betapa betapa kegilaan melanda tuu? sakan berjalan kan ? haiyooo. padahal demam masa tu.
agak tak larat jugak nak menapak sebenarnya. kesiann buah hati nak melayan kerenah comel kitee ni >_<


to encik boyfie : awk suka sangat membebel sekaranggg wooo.
lagi lagi part kalau aku taknak makan. bukan menggedik, memanja xmo makan. tapi memang perut mcm sebuu. mungkin sebb da rajin skip makan atau makan da tak ikut masa. so masuk angin. makin menjadi jadi bila rajin tak turun makan. buah hati kite mmbebel, adoii. pecah telinga ni. haha. dia ckap dia tak paham kitee. lapoo tp takmo makan. ala, bukan sajee saje. tp macam tekak loya je. kalau dapat bubur mcd sedapppnya :/ *HHA. sempat lagi. pakcik kiteee cakap, jangan lah manjakan diri tu sangat. paksa je makan. perut awk kosong nnti mula lah sakit perut. ubat da makan belum? makan lah biskut ke roti ke. gi turun makan sekarang! hah gituuu. tahu lah palapes = ="
mcm makcik makcik dah. psai tu kiteee panggil awokk pakcik. takpeee. comel lettew. bebel utk kebaikan kitee. kitee pun jenuh nak dengar. so jawabbb jela kkk kkk. hihi. 

alolo, sweet lettew asek marah2 kite bila kite terjalan belakang sikit dr dia. takut kena culik lah, takut kena bawak lari lerw. yeyeye, tahu kat tempat org mase tuu. bahaye. betul jugekk sebenarnya. apela saliza ni. takpe takpe. bodyguard aka rembooo ade. muehehe. tengok tengok, gila sudehh ni. adodoi. saliza saliza, lusa exam awk sakan blogg kan. acanne acanne ni =='

lepastu beli burger ayam special. tak habis makan :( bukan sesajeee. org da cakap dgn pakcik, xnak xnak. membazir nnti kalau tak habis. tp dia order jugekk. huh. sajeee nak kena bom dengan kiteee lettew. haiyoo. last last buang ke dalam tong sampah juga. hmm. pastu, kami kami makan steamboat. o mak aihh. memacam selera diorang ni. tahu ke tidak budak comel ni hilang selera makan? grr. i dalah memeyyy x makan steamboat. tapi bila bau ayam yg diorang bakar, phewww. sedap pulak rasa. pakcik suapkan kitee. nyumnyum. macam babyy rasa. hihokk. ala, bukan selalu. kan demammm :D

eh wokeh wokeh, malas bebel panjang. nnti mcm makcik2 pulekk.
seeyou awokk. take care.
gudnite. assalamualaikum.

Friday, January 04, 2013

LUMRAH WANITA

by , in
wanita tu lembut hatinya, rapuh jiwanya, santun kelakuannya.

wanita suka kan perhatian. jangan lah tanya mengapa, bagaimana, bila, di mana atau siapa yea. tu memang lumrah kejadian. wanita suka benda yg comel molek belaka. sebb tu perempuan akan mudah sangat fikir bukan bukan bila boyfie atau someone yg dia da anggap special dalam hidup dia, tak caring dengan dia. bukan lah nak cakap wanita ni tak memahami. tapi, dia just need someone tu spend time dengan dia. even tak whole day, at least tanya lah sihat tak? da makan belum? mungkin lelaki anggap benda macam ni simple, tapi sangat bermakna utk kaum hawa ni. lagi lagi dapat text sweetsweet dari boyfie. bahagia tau perasaan macam tu. kalau boleh nak perasaan mcm tu hari hari ;)

actually perempuan ni sifatnya agak comel dan manja *macam saya!* bukan lah nak terhegeh dengan boyfie dia. as long as dia sayangkan org tu, dia nak yg terbaik utk relay tu. sekali lagi mention yg terbaik. dan perempuan ni agak teliti sikit. so lelaki kena lah alert sikit. eh, alert banyak. lagi kalau tarikh anniversary, birthday bagai tu. kalau lupa, mau nya perang dunia nanti.

kadang kadang kemarahan yang berpunca dari perselisihan faham akan semakin serius kalau tak bijak mengawalnya. usah jadikan kemarahan tu sebagai punca pertelingkahan atau persengketaan berpanjangan walaupun bermula dari perkara remeh dan kecil. kita tidak seharusnya di kawal oleh emosi . sebaliknya kita yg sepatutnya mengawal emosi. tapi kalau dah marah kadang tak sedar apa tindakan yg kita buat. setiap kemarahan perlu ada keseimbangan akal dan fikiran untuk mengawalnya.

perempuan memang fikir jauh . perempuan suka fikir sesuatu yg merumitkan. sehingga lelaki boleh pening kepala dok fikir apa yg ada dalam kepala perempuan ni. sebb tu selalu lelaki cakap, tak faham lah dengan perempuan ni. yg perempuan pula akan cakap tak faham lah dengan lelaki ni. lelaki terlalu fikir simple, rilek tetapi efektif tetap jugak bila difikirkan oleh wanita. terlalu banyak yg perlu difikirkan untuk menyelesaikan apa yg lelaki fikir.

My Instagram