Bε My GirL.


owner


a girl. no matter how many times she denies it, she will always remember every detail, every moment, every piece of the memories.

Tagboard


Credits

© 2013 - Full Template by Arrien Amani and someone help me is Wana and AtinVIP . Cute icon from Pixel.
Untuk kita.
Tuesday, October 21, 2014 | 0 Comments
Untuk kita nanti.

Andai dipanjangkan jodoh sesama kita--harapnya hingga ke akhir hayat.

I never imagine sebenarnya akan jadi mcm skrg. 2 tahun in a relationship--tapi masih baru lagi pada aku. 2 tahun, masih banyak lagi benda untuk saling dikenali, makin banyak benda kena sama sama tolerate. Perempuan--normal mahukan perhatian, perhatian, perhatian.

Tapi memandangkan dia juga busy dengan komitmen dia, jadi aku terpaksa fahamkan jugak. Terpaksa hehe. Sbb lama lama jadi rela and biasa. Usia menjangkau ke 22 tahun ni sepatutnya banyak benda kena pikir skrg melainkan perhatian in a relationship.

Dia juga berusaha keras simpan duit sikit-sikit demi kita suatu hari nanti (insya allah). Pernah dia kata,"Kalau dia sentiasa ikut kemahuan utk selalu date 24 jam, utk layankan rindu yg tak bersudah, bila kita nak kahwin. Umur 30 nanti pun belum tentu"

That is why. Dia selalu ada untuk ingatkan aku yg apa jua yg dia buat (tak selalu date walau sama u, terpaksa budget utk segala hal, busy dengan hal dia) adalah untuk kebaikan aku juga masa nanti.

I know i should not put trust 100% towards him. Masih ada keraguan juga ttg ayat manis tu. Tapi disebalik tu, ada juga baiknya. Kita sama sama jaga batas kita, sama sama focus on the future. Selagi ia nya masih fasa bercinta, kita ada hak untuk simpan sikit kepercayaan hanya milik sendiri. Bukan wajib meragui, cuma berhati hati. Or else kita berserah, berdoa untuk yang terbaik buat kita nanti. Tu semua kerja Tuhan.

Bergaduh itu normal. Kerana walau aku biasa, tapi akan masih juga ada masa aku jadi rapuh. Jadi overly attached girlfriend. Hehe. Dan itu juga dia, sudah biasa handle perangai aku. Perangai yang sama seperti perempuan lain, tidak stabil 24 jam. Ia akan okay sendiri. Bergaduh bukanlah engkau aku, lantak engko, sometimes maybe sebab aku jenis perempuan yang susah nak mengalah. Mmg sangat memerlukan lelaki untuk faham and layankan aje. And kadang kala aku membentak juga kerana bila terciptanya pergaduhan, dia seperti endah tak endah je. Tapi lama lama aku jadi biasa sebab dia cuma ikutkan, malas nak perbesarkan cerita. Lelaki paling tak suka gaduh pasal hal remeh temeh sebenarnya. Jadi kita sbgai perempuan jangan lah selalu wujudkan situasi mcm tu. Sekali sekala tak apa, cuma nak bermanja. Hehe.

Untuk kita. Apa juga perancangan kita nanti. Aku mengharapkan yang biasa biasa aja. Semoga kau terus kekal di situ bersabar dengan segala perangai aku. Menjadi kekuatan dan selalu berusaha untuk mencukupkan segala kesusahan aku masa aku memerlukan. Semoga juga kau selalu menjadi antara yang teratas overly protective boyfriend. Sebab itu antara ke sweet an engkau yang aku simpan sepanjang 2 tahun ni.

Aku tak mengharap engkau untuk celebrate bagi bunga, candle light dinner untuk tarikh istimewa kita sebab aku tahu kau tak akan buat semua tu. Well, lebih baik jangan berharap langsung. Hehe. Tak mengapa, aku tak mengharapkan semua tu (walau kadang kala iya), aku cuma berharap perasaan kau ke aku tidak berubah dari dlu sampai perkahwinan kita nanti.

Iya, masih panjang perjalanan kita. Aku mengharapkan dipermudahkan segalanya.


Amin.