Bε My GirL.


owner


a girl. no matter how many times she denies it, she will always remember every detail, every moment, every piece of the memories.

Tagboard


Credits

© 2013 - Full Template by Arrien Amani and someone help me is Wana and AtinVIP . Cute icon from Pixel.
WE RISE FROM OUR PAST
Sunday, December 30, 2012 | 0 Comments
alhamdulillah, we get to live to see another day in this beautiful yet harmonious world. 2012 berjalan dengan sangat awesome. walaupun macam macam hal dtg menduga, tapi alhamdulillah, selamat jalani semua dengan kekuatan yg ada pada diri. semua kekuatan tu dtgnya dari Allah s.w.t. "sekiranya Allah menginginkan kebaikan utk seseorang itu, Allah akan mengujinya dengan kesusahan" indah nikmat ujian. sometimes we have to learn in the hard way ♥ 

seringkali kita mengeluh dan mengadu, mengapa Allah tidak habis habis menguji kita. setelah satu, datang pula lagi satu masalah. sehingga sesak nafas di dada utk melaluinya. sehingga rasa give up utk menghadapinya lagi. tapi cuba terima dan ambil dari sudut positif. Allah tu tak kejam. Allah mencipta manusia dengan kelemahan, namun Allah tidak membiarkan terus hidup dengan kelemahan tu. maka Allah datangkan ujian bertimpa timpa sebagai latihan utk membina sesebuah kekuatan.  ujian yg datang tu adalah sebenarnya  utk memberikan kebaikan kpd kita. sungguh indah perancangan Allah dalam mentarbiyah manusia.

how to forget the past? just focus on the future and the present. menikmatilah segala apa yg ada depan mata, sama ada kita suka atau tak, tp kita tetap kena hadapi. itulah namanya kehidupan.everyone has been given the chance of one life. to have another life mean that we are so lucky Allah still gives us the chance and hope to make it a better one.forget all people around you who want to put you down, they wanna see us fallback. If we ever lost into the distance, lets remember Him, Allah SWT. He will guide you back to the right path, if you wanted to. Your path of life is your own choice, but the obstacle may vary. Don't let you heart be astray. He has given you so many, yet in your heart there is ignorance?.
Without Him, we may never rise from our fall, He aid us in so many ways that you couldn't thank Him enough.

semua yg berlaku ada hikmahnya. seribu rahsia dan seribu hikmah yg hanya Allah yg maha satu dah tetapkan utk kita. semua tetap akan berbalik utk kebaikan kita, percayalah.


Lah Tahzan, Allah sentiasa ada dengan kita dan Allah sentiasa ada dengan mereka yg sabar. hadapi musibah dengan hati yg redha dan terbuka.jangan kita bersedih dan berputus asa mengenangkan nasib. mungkin selama ni kita terlalu jauh dari-Nya. datangnya ujian membuat kita sedar bahawa semua hanyalah milik Allah dan hanya kepada Dia tempat kita bergantung. jangan bergantung kpd manusia kerana kelak, semua akan tetap pergi. berdoalah kepada Allah sesungguhnya doa adalah senjata orang mukmin. 

Firman Allah s.w.t,

"berdoalah kamu kepada ku nescaya akan ku perkenankan doa kamu"

Jangan terlalu bersedih atas musibah yang melanda kerana apabila Allah menguji hambanya, itu bermakna Allah sayang kepada hambanya. Kuatkan hati dan bangkit bangun dari kesedihan kerana dengan bersedih tidak dapat menyelasaikan masalah. Katakan lah pada diri "masih ada hari esok untuk aku". Jadi, bangkit lah untuk menjadi lebih kuat dan terus kan hidup ini dengan membuat sesuatu yang terbaik.
Walau apa pun ujian yang melanda, ingatlah bahawa Allah S.W.T sentiasa bersama kita selagi kita ingat kepada-Nya. Kita tidak pernah keseorangan dalam kehidupan ini kerana Allah itu dekat dengan kita. Dekatkan lah diri kita kepada Allah dengan mendirikian solat dan berzikir. Cari teman untuk berkongsi masalah.
Ikhlaskan hati dan redha dalam menghadapi musibah itu akan menjadikan kita tenang. Renungkan kembali, mungkin musibah yang melanda adalah kifarah dosa kita yang lalu. TEKAD UNTUK TIDAK MENGULANGINYA.
Bersabar dalam menghadapi musibah, itu adalah yang terbaik. Jangan terburu-buru membuat sesuatu yang boleh memudaratkan diri sendiri. Isi masa yang terluang dengan perkara yang berfaedah seperti bersukan, membaca buku-buku motivasi, solat sunat dan bertadarus. Semua ini akan membuatkan kita lupa pada masalah yang sedang kita hadapi. Jangan berputus asa dalam memohon rahmat dan keampunan Allah S.W.T.