Bε My GirL.


owner


a girl. no matter how many times she denies it, she will always remember every detail, every moment, every piece of the memories.

Tagboard


Credits

© 2013 - Full Template by Arrien Amani and someone help me is Wana and AtinVIP . Cute icon from Pixel.
akan tiba saat tu..
Thursday, December 6, 2012 | 0 Comments


Akan tiba suatu masa di mana aku tidak lagi akan hidup seorang. Mesti berteman dan segala aktiviti akan di luangkan bersama. Berdua. Seterusnya kita kemana mana bersama. ke hulur hilir bersama. berkepit 24jam. Bermandikan cahaya matahari. Berpeluh likat. Dan semestinya dengan berpegangan tangan. dengan erat.

Akan tiba suatu masa di mana aku tidak lagi akan sarapan berseorangan. Akan berteman dan ia bakal aku ulang pada waktu makan tengah hari juga makan malam. Kita berdua dengan apa apa juga menu yg semestinya sama. Kita berdua dengan nasi lemak biasa atau mungkin dengan roti canai kosong. Mungkin sekali sekala makan di  McDonalds, Pizza. awak tahu saya gilakan itu kan? ^_^

Akan tiba suatu masa di mana tidur aku tidak lagi bertemankan bantal bantal gebu atau hanya sweater mu. Aku mahu hitung waktu kita bertatapan mata setiap belum tidur. Seharusnya dalam berpelukan manja. Kerana itu adalah nilai-nilai bahagia yang ingin aku rasai sebelum menutup mata dan tidur. kau ada di sisi ku.

Akan tiba suatu masa di mana akan ada pelindung untuk aku bebas bergerak tanpa ada rasa khuatir. Rasa selamat pabila berada dekat dengan pendamping yang selalu menemani aku tanpa rasa jemu. Dunia sememangnya kejam. Tapi tidak dengan adanya pendamping. rasa selamat. ye selamat.

Akan tiba suatu masa di mana semuanya menjadi kenangan. Kata kata cuma dusta dunia belaka. Tapi aku harapkan tidak. Berdoa kuat padaNya, agar kita akan tetap bersama sehingganya. andai jodoh sudah menetapkan kita untuk bersama, in sha Allah, kita akan tetap bersama. kita akan diikatkan dengan ikatan yang sah. Allah tahu yang terbaik untuk hamba-hambaNya. manusia hanya mampu merancang dan sebaik-baik perancangan adalah dari Allah. amin